Peserta protes antikerajaan meletakkan anak patung sebagai simbol mangsa yang maut akibat Covid-19 di Bangkok, Thailand. - FOTO EPA
Peserta protes antikerajaan meletakkan anak patung sebagai simbol mangsa yang maut akibat Covid-19 di Bangkok, Thailand. - FOTO EPA
Agensi

Bangkok: Thailand merekodkan 207 kematian dan 21,038 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kematian yang dicatatkan itu adalah ketiga tertinggi setakat ini, selepas angka tertinggi dicatatkan pada Isnin iaitu sebanyak 235 kematian, diikuti 212 pada 7 Ogos.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Taweesilp Visanuyothin berkata, Bangkok masih kekal sebagai daerah yang merekodkan kes tertinggi setakat ini, diikuti Samut Sakhon, Samut Prakhan dan Chon Buri.

Katanya, kluster baru yang dikesan kebanyakan membabitkan kawasan kilang khususnya di daerah Muang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 6:22 PM