ANNE Heche. FOTO AFP
ANNE Heche. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Pelakon Hollywood Anne Heche secara rasmi diisytiharkan meninggal dunia seminggu selepas kereta dipandunya merempuh sebuah bangunan di sini, kata jurucakapnya pada Jumaat.

Heche, 53, sebelum ini koma susulan kemalangan pada 5 Ogos itu itu, dengan kecederaan otak yang serius.

Pelakon itu sudah hilang semua fungsi otaknya dan menurut undang-undang California, dia dikatakan sudah mati, walaupun jantungnya masih berdegup.

Sebelum ini, ahli keluarga berusaha untuk mendermakan organ pelakon ketika Heche bergantung kepada mesin sokongan hayat, kata jurucakapnya Holly Baird kepada AFP.

Heche, dikenali menerusi filem era 1990-an seperti Donnie Brasco dan Six Days, Seven Nights.

Selain itu, dia pernah menjalin hubungan dengan pengacara popular Ellen DeGeneres.

Ketika kemalangan berkenaan, kenderaan dipandu Heche merempuh sebuah rumah dua tingkat di kejiranan Mar Vista di sini.

Terdahulu awal minggu ini, media melaporkan Heche koma selepas melecur teruk apabila kereta dipandunya merempuh kediaman sehingga terbakar di Mar Vista, pada Jumaat minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2022 @ 8:15 AM