A$AP Rocky
A$AP Rocky
Agensi

Los Angeles: Penyanyi A$AP Rocky, 34, yang baru pulang dari bercuti di Barbados ditahan polis sejurus tiba di lapangan terbang di sini kerana terkait kes menembak tahun lalu.

Rocky dikhabarkan tiba di lapangan terbang terbabit menaiki jet peribadinya selepas meluangkan masa bersama kekasih juga penyanyi Rihanna, 34, sebelum itu.

Peguamnya, Alan Jackson mengesahkan penangkapan berkenaan dan kini disiasat lanjut berhubung kes itu.

Kejadian pada 6 November tahun lalu itu berlaku sekitar jam 10.20 malam berdekatan Vista Del Mar dan Selma Ave, di sini.

Mangsa yang terselamat daripada tembakan itu melaporkan kepada polis dia melihat Rocky dan dua individu mendekati sebelum menembaknya di sebuah jalan.

Sekurang-kurangnya tiga das tembakan dilepaskan dan satu daripadanya terkena pada pada tangan kiri mangsa, menurut laporan polis. Insiden itu juga tidak didedahkan kepada media.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 April 2022 @ 1:57 PM