KERETA API Amtrak. FOTO fail AFP
KERETA API Amtrak. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Tiga terbunuh selepas kereta api jarak jauh bertembung dengan sebuah lori pembuang (dump truck) di pedalaman Missouri.

Dua mangsa maut adalah di dalam kereta api, manakala seorang lagi di dalam lori berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, kejadian menyebabkan beberapa penumpang cedera.

Tujuh gerabak kereta api Amtrak yang dalam perjalanan dari Los Angeles ke Chicago, tergelincir dari landasan, apabila ia merempuh lori berkenaan di satu lintasan di Mendon, Missouri.

Ketika kejadian, kereta api itu membawa lebih daripada 200 penumpang dan puluhan kru.

Menurut wartawan tempatan NBC, lintasan itu tidak dikawal oleh pengawal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 9:10 AM