PUSAT pengagihan Amazon yang rosak dilanda puting beliung. FOTO AFP
PUSAT pengagihan Amazon yang rosak dilanda puting beliung. FOTO AFP
BERNAMA

Houston: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala lima lagi cedera parah selepas puting beliung melanda sebuah rumah penjagaan pada Jumaat di Arkansas, Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 20 penghuni rumah jagaan itu terperangkap apabila puting beliung itu membadai bandar Monette, Arkansas, lapor Xinhua, memetik Hakim Daerah Craighead, Marvin Day.

Beberapa bangunan lain di bandar itu turut dilaporkan mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa di Monette mengeluarkan amaran kecemasan dan menasihatkan penduduk untuk sentiasa berwaspada.

Pada malam Jumaat, amaran puting beliung dikeluarkan untuk beberapa daerah di timur laut Arkansas, barat laut Tennessee dan tenggara Missouri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 3:54 PM