THOMAS dengan selamba memegang pistol sebelum membunuh menembak seorang gelandangan. FOTO Agensi
THOMAS dengan selamba memegang pistol sebelum membunuh menembak seorang gelandangan. FOTO Agensi
Agensi

New York: Tular video ngeri di media sosial menunjukkan seorang lelaki dengan selamba memegang pistol sebelum membunuh seorang gelandangan dari jarak kurang satu meter.

Video itu kelihatan menunjukkan penembak, yang dinamakan sebagai Deshawn Thomas, bergelut untuk memegang pistolnya selama kira-kira 30 saat sambil berdiri belakang lelaki yang duduk di atas jalan di luar Bangunan Globe di St Louis, Missouri.

Satu dentuman kuat boleh didengari menerusi rakaman mengerikan pada 27 Februari itu, ketika Thomas dilaporkan menarik picu pistol.

Lelaki gelandangan itu dilihat tenang duduk, sebelum mengangkat tangannya sebagai tanda menyerah diri kepada penembak yang tidak berhati perut itu.

Tembakan berlaku di luar bekas rumah akhbar St Louis Globe-Democrat, yang kini menjadi pejabat dan pusat data.

Thomas, yang juga polis bandar itu didakwa dengan pembunuhan peringkat pertama.

Media melaporkan, sebaik melakukan jenayah itu, Thomas dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian.

Dia ditangkap selepas memasuki perpustakaan awam lewat petang, hari sama.

Missouri adalah bandar di Amerika Syarikat (AS) yang merekodkan kadar kes bunuh tertinggi dengan 200 kes bunuh pada 2021 berbanding 263 tahun sebelumnya.

Tahun ini, setakat ini, terdapat 25 kes bunuh di bandar itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2023 @ 1:07 PM