EFE

Honolulu: Ribuan pengunjung membanjiri kawasan berhampiran gunung berapi Kilauea untuk melihat tasik lava dan air pancut.

Gunung berapi di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) itu, antara yang paling aktif di dunia, sekali lagi meletus Rabu lalu.

FOTO dikeluarkan USGS menunjukkan kawah gunung berapi itu. FOTO EPA
FOTO dikeluarkan USGS menunjukkan kawah gunung berapi itu. FOTO EPA

Letusan itu aktif di kawah Halemaumau, di Taman Negara Gunung Berapi Hawaii dan jauh dari kawasan penduduk, lapor EFE.

Taman negara berkenaan meminta semua pengunjungnya untuk lebih bertanggungjawab di tengah-tengah risiko letusan.

"Cuaca memungkinkan, anda dapat melihat cahaya indah dari tasik lava seluas 51 hektar," kata taman itu di akaun Twitternya.

FOTO dikeluarkan USGS menunjukkan kawah gunung berapi itu. FOTO EPA
FOTO dikeluarkan USGS menunjukkan kawah gunung berapi itu. FOTO EPA

Kajian Geologikal AS (USGS) melaporkan bahawa paras tasik lava meningkat pada kadar 0.4 meter sejam, sejak mula meletus dan mencapai sehingga 25 dan 30 meter.

Aktiviti seismik tinggi tetapi stabil juga dicatatkan dengan sedikit gempa bumi dan gegaran gunung berapi serta pelepasan sulfur dioksida yang dianggarkan sekitar 85,000 tan sehari.

Kilauea, yang meletus antara 1983 dan 2018, mengalami fasa paling teruk tahun lalu, memusnahkan kira-kira 700 rumah dalam tempoh empat bulan dan menyebabkan ribuan orang

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 5:29 PM
FOTO dikeluarkan USGS menunjukkan kawah gunung berapi itu. FOTO EPA
FOTO dikeluarkan USGS menunjukkan kawah gunung berapi itu. FOTO EPA