WANITA yang dikatakan membawa mayat untuk memohon pinjaman. FOTO Agensi
WANITA yang dikatakan membawa mayat untuk memohon pinjaman. FOTO Agensi
AFP

Brasilia: Polis Brazil, baru-baru ini, menahan seorang wanita yang cuba membuat pinjaman bank atas nama seorang lelaki yang sudah meninggal dunia.

Ketika kejadian, dia membawa lelaki itu yang diletakkan di atas kerusi roda.

Kakitangan bank yang curiga apabila melihat wanita itu menolak kerusi roda dinaiki lelaki berkenaan, menghubungi pihak berkuasa.

Sejurus pasukan kecemasan tiba, mereka mengesahkan lelaki itu sebenarnya sudah meninggal dunia, kata polis dalam satu kenyataan.

Polis presint Bangu, di sebelah barat Rio de Janeiro, menahan wanita itu kerana cubaan mencuri dengan menipu dan menyalahgunakan mayat.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana dan bila lelaki itu meninggal dunia.

Laporan media Brazil berkata, wanita terbabit mendakwa sebagai anak saudara kepada lelaki berusia 68 tahun itu.

Ketika kejadian, tanita itu cuba memohon pinjaman sebanyak 17,000 reais (kira-kira RM15,512) atas nama lelaki berkenaan.

"Wanita itu cuba membuat lelaki itu menandatangani kertas berkenaan.

"Tapi lelaki itu (sebenarnya) sudah meninggal dunia apabila memasuki bank," katanya kepada agensi berita G1.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2024 @ 12:52 PM