WANITA ditahan selepas didapati menyeludup kokain di lapangan terbang dengan menyembunyikannya di dalam alat sulitnya, di sini, baru-baru ini.
WANITA ditahan selepas didapati menyeludup kokain di lapangan terbang dengan menyembunyikannya di dalam alat sulitnya, di sini, baru-baru ini.
Agensi

Buenos Aires: Wanita ditahan selepas didapati menyeludup kokain di lapangan terbang dengan menyembunyikannya di dalam alat sulitnya, di sini, baru-baru ini.

Metro UK melaporkan, suspek berusia 20 tahun itu memasukkan 11 kapsul kokain ke dalam kondom dan kemudian memasukkannya ke dalam alat sulit, sebelum ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza, pada 29 Julai lalu.

Dia juga didapati menelan 67 kapsul berisi dadah sama.

Setiap tablet dalam alat sulitnya mengandungi 110 gram (g) dadah kelas A, dengan harga 5,500 pound sterling (kira-kira RM32,577), manakala dadah yang ditelan adalah 632 g kokain bernilai 31,600 pound sterling (kira-kira RM187,170).

Dia dilaporkan cuba melakukan perjalanan dengan pesawat Iberia 2602 ke Barcelona, ​​Sepanyol, namun kakitangan lapangan terbang memintanya menjalani imbasan kerana gerak-geri yang mencurigakan.

'Keldai dadah' bertubuh kecil itu mempunyai berat badan tidak melebihi 50 kilogram, dan memiliki pasport yang baru dikeluarkan, serta kelihatan gugup.

Ketika bahan terlarang itu ditemukan, kakitangan membawanya ke Hospital Eurnekian Ezeiza untuk mengeluarkan dadah itu dengan cara yang selamat.

Dia dibebaskan dari hospital pada 2 Ogos dan dihadapkan ke mahkamah keesokan harinya.

Siasatan dijalankan terhadapnya kerana melakukan cubaan menyeludup dadah.

Barangan peribadi wanita itu termasuk telefon miliknya turut dirampas, manakala rumahnya di Villa del Parque, di sini, diserbu pihak berkuasa.

Suspek itu bagaimanapun dilaporkan enggan memberi kenyataan kepada pegawai penyiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Ogos 2023 @ 10:40 AM