GAMBAR hiasan. FOTO AFP.
GAMBAR hiasan. FOTO AFP.
Bernama-New Ziana

Harare: Tiga warga Zambia dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana memiliki gading mentah tanpa permit, lapor New Ziana, agensi berita rasmi Zimbabwe.

Ketiga-tiga lelaki itu yang didakwa di Mahkamah Majistret Victoria Falls, juga dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negara itu secara tidak sah kerana melanggar Akta Imigresen.

Menurut Pihak Berkuasa Pendakwaan Zimbabwe, pada 19 Mac, Liston Muchelo, 22, Alex Kakoma, 22, dan Martin Silishebo, 36, bersama dua rakan sejenayah yang telah meninggal dunia, memasuki Zimbabwe dari Botswana secara tidak sah melalui kawasan belukar berhampiran Pos Sempadan Kazungula.

Negara itu mendakwa ketika berada di Zimbabwe, kesemua lelaki itu cuba menyeberang ke Zambia yang disedari renjer Pihak Berkuasa Pengurusan Taman Negara dan Hidupan Liar Zimbabwe yang kemudian melakukan serangan hendap di tebing Sungai Zambezi.

Berlaku tembakan antara renjer dan kelima-lima suspek yang menyebabkan dua daripada mereka maut ditembak dan tiga ditahan.

Pencarian secara fizikal membawa kepada penemuan semula 15 gading gajah seberat 128.82kg dan pencarian lanjut menemukan enam butir peluru hidup dan senapang .375 H&H.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mac 2024 @ 3:04 PM