GAJAH. FOTO fail AFP
GAJAH. FOTO fail AFP
AFP

Harare: Seorang wanita dan bayinya yang berusia tiga bulan mati dipijak seekor gajah di tenggara Zimbabwe, kata pihak berkuasa taman negara itu.

Wanita berusia 23 tahun dari pedalaman Chipinge membawa bayinya melawat saudara-mara di komuniti jiran sempena Tahun Baru, dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka terserempak dengan sekumpulan gajah.

"Seekor gajah kemudian tiba-tiba menyerang dan membunuh wanita bersama bayinya," kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Taman dan Hidupan Liar Zimbabwe (Zimparks) Tinashe Farawo kepada AFP.

Konflik antara manusia dan hidupan liar adalah masalah ketara di bahagian terpencil di Zimbabwe.

Menurut Zimparks, 40 orang terbunuh antara Januari dan Oktober tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 9:58 AM