Pelawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Duesseldorf, Jerman melihat maklumat berkaitan penerbangan mereka. Varian baharu yang dikesan di Afrika Selatan menimbulkan kebimbangan antarabangsa. - FOTO EPA
Pelawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Duesseldorf, Jerman melihat maklumat berkaitan penerbangan mereka. Varian baharu yang dikesan di Afrika Selatan menimbulkan kebimbangan antarabangsa. - FOTO EPA
AFP

Johannesburg: Afrika Selatan kesal dengan 'hukuman' yang diterima selepas berjaya mengesan varian Covid-19 baharu Omicron.

Tindakan beberapa negara di seluruh dunia untuk mengharamkan penerbangan dari Afrika Selatan berikutan penemuan varian itu sama seperti menghukum Afrika Selatan kerana penjujukan genomik lanjutannya dan keupayaan untuk mengesan varian baharu dengan lebih cepat, kata kementerian luar negeri dalam kenyataan.

"Sains yang cemerlang harus dipuji dan bukan dihukum," katanya.

Kementerian itu menegaskan bahawa varian baharu telah ditemui di bahagian lain dunia.

"Setiap kes itu tidak mempunyai kaitan terbaru dengan Afrika Selatan, tetapi reaksi terhadap negara-negara itu berbeza dengan kes di Afrika Selatan," katanya.

Israel dan Belgium juga telah mengesan kes Omicron.

Kerajaan menegaskan bahawa "keupayaan Afrika Selatan untuk menguji dan meningkatkan program vaksinasinya, disokong oleh komuniti saintifik bertaraf dunia sepatutnya memberikan rakan kongsi global keselesaan sebagaimana yang mereka lakukan dalam menguruskan wabak".

Dengan lebih daripada 2.95 juta kes dan 89,783 kematian, Afrika Selatan adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu di Afrika.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 8:00 PM