GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Ankara: Bahrain melaporkan kes pertama Covid-19 varian Omicron.

Varian itu dikesan berpunca daripada 'seseorang yang datang dari luar' negara, kata Kementerian Kesihatan di Twitter beliau tanpa mendedahkan negara berkenaan.

Katanya, langkah kesihatan yang perlu sudah diambil dan pesakit itu kini diasingkan, lapor Anadolu.

Tiada kontak varian Omicron dikesan dalam negara itu, katanya.

Pada 24 November, saintis Afrika Selatan mengumumkan penemuan varian omicron, yang mempunyai beberapa mutasi.

Rabu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, varian baru itu yang turut diisytiharkan sebagai 'varian of concern' (VOC) kini dikesan di 57 negara setakat ini.

Pada masa sama, Turki pada Sabtu turut melaporkan enam kes pertama Covid-19 varian Omicron.

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca mengesahkan mengenai perkara itu pada sidang parlimen.

Beliau berkata, kes itu dilaporkan di Istanbul dan wilayah Izmir, lapor Agensi Anadolu.

"Mereka adalah pesakit luar yang tidak mempunyai sebarang masalah dan mempunyai gejala yang sangat ringan," katanya.

Bagaimanapun, Koca tidak memberikan butiran lanjut bagaimana mereka dijangkiti varian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 1:08 PM