LELAKI melihat bahagian makanan sejuk beku yang sudah kosong di sebuah pasar raya selepas rakyat AS mula membeli stok makanan. Ia susulan penularan Covid-19. FOTO AFP
LELAKI melihat bahagian makanan sejuk beku yang sudah kosong di sebuah pasar raya selepas rakyat AS mula membeli stok makanan. Ia susulan penularan Covid-19. FOTO AFP
Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggantung semua perjalanan dari Eropah ke negara itu untuk tempoh 30 hari bermula Jumaat.

Ia sebagai usaha mengekang penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Presiden Donald Trump bagaimanapun berkata, peraturan itu tidak berkuat kuasa untuk United Kingdom.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan koronavirus baharu sebagai pandemik.

Ia bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 9:43 AM