KAKITANGAN perubatan menjalankan ujian saringan di Lincoln Park, Los Angeles, California. FOTO AFP
KAKITANGAN perubatan menjalankan ujian saringan di Lincoln Park, Los Angeles, California. FOTO AFP
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) secara rasmi mula menarik diri dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.

Ia selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menghantar notis untuk berbuat demikian kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

Penarikan itu berkuat kuasa pada 6 Julai 2021.

Trump sebelum ini menyuarakan hasrat supaya untuk menarik diri daripada WHO ketika jangkitan Covid-19 di negaranya semakin melonjak.

Sebelum itu, beliau memberi amaran akan menarik penyaluran dana tahunan AS$400 juta (kira-kira RM1.7 bilion) kepada organisasi itu.

Tindakan itu selepas beliau tidak berpuas hati dengan cara WHO menangani pandemik Covid-19.

Setakat ini, AS kekal menjadi negara paling terjejas akibat virus itu dengan 30,813 kematian daripada 2,963,244 kes dilaporkan.

Dalam pada itu, 924,148 orang di negara itu disahkan sembuh daripada virus berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 9:14 AM