KEADAAN di sebuah pantai di Gambia menyaksikan lelaki berkulit putih  bersama kanak-kanak kulit hitam. FOTO Agensi
KEADAAN di sebuah pantai di Gambia menyaksikan lelaki berkulit putih bersama kanak-kanak kulit hitam. FOTO Agensi
Agensi

Banjul: Kemiskinan dan kelemahan undang-undang di Gambia menyebabkan kanak-kanak di negara itu dieksploitasi golongan pedofilia kulit putih dengan hanya bayaran 2 Pound Sterling (RM10.60).

The Sun UK melaporkan, ramai kanak-kanak dan remaja Gambia dilihat bersama individu tertentu yang ternyata bukan ‘bapa biologi’ mereka di kawasan pesisir pantai Kololi.

Usia kanak-kanak dan remaja berkenaan dalam lingkungan belasan tahun, namun dipimpin oleh lelaki yang usianya mencecah 50-an hingga 60-an.

Siasatan pakar mendapati kejatuhan teruk ekonomi negara berkenaan menyebabkan golongan pedofilia mengambil kesempatan terhadap kemiskinan yang dihadapi rakyat.

Dalam temu bual eksklusif bersama Koordinator Perlindungan Kanak-Kanak Gambia, Lamin Fatty mendedahkan, pedofilia bukan hanya terdiri daripada pelancong lelaki, malah membabitkan wanita.

“Kanak-kanak akan disapa terus di kawasan pantai atau di jalanan oleh pelancong dari Eropah termasuk United Kingdom.

“Seks sangat murah di negara saya (Gambia) dan kanak-kanak akan dijual serendah 150 Dalasi Gambia atau sekitar 2 Pound Sterling.

“Ibu bapa sememangnya mengetahui anak mereka dieksploitasi sebagai mangsa seks namun tiada pilihan kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 6:30 AM