KEJADIAN berlaku di kawasan perkuburan Gereja St Andrew di East Sussex.
KEJADIAN berlaku di kawasan perkuburan Gereja St Andrew di East Sussex.
Agensi

LONDON: Polis menyiasat laporan oleh seorang wanita berusia 50-an mendakwa dirogol lelaki yang duduk di sebelahnya di perkuburan ketika mangsa mengunjungi kubur dipercayai ahli keluarganya.

Kejadian berlaku menjelang senja di perkuburan sebuah gereja di East Sussex, dekat sini, Jumaat lalu.

Daily Mail melaporkan, menurut polis, anggota yang dipanggil ke tempat kejadian mendapati mangsa trauma teruk dan belum dapat disoal mengenai kejadian itu.

Menurut jurucakap polis Sussex, wanita itu mendakwa kejadian berlaku antara jam 5.30 dan 6 petang.

“Wanita itu mendakwa lelaki terbabit berusia 40-an dengan ketinggian 168 sentimeter, berambut pendek yang sudah beruban, menyerangnya ketika mangsa duduk di atas bangku,” katanya.

Polis sedang berusaha memastikan kenapa lelaki terbabit duduk di sebelah mangsa, termasuk berkemungkinana berlakon mahu menenangkan mangsa yang sedang berkabung.

Ketua detektif, Inspektor Vickie Maroki meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi polis kerana kejadian berlaku di kawasan sibuk berikutan perkuburan itu terletak bertentangan dengan pasar raya Tesco.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 7:12 AM