BENDERA negeri Sabah dan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang sempena hari perkabungan bagi menghormati mangsa gempa bumi yang terkorban. - Foto ERDIEHAZZUAN AB WAHID
BENDERA negeri Sabah dan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang sempena hari perkabungan bagi menghormati mangsa gempa bumi yang terkorban. - Foto ERDIEHAZZUAN AB WAHID
Erdiehazzuan Ab Wahid


Kota Kinabalu: Bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang mulai pagi tadi sempena hari perkabungan negeri itu bagi menghormati mangsa gempa bumi yang terkorban.

Tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati bangunan kerajaan dan premis swasta serta hotel turut mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang.

Selain itu, semua sekolah juga turut mengibarkan bendera Sabah dan Jalur Gemilang separuh tiang.

Sabtu lalu, kerajaan negeri mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sebagai menghormati kesemua mangsa gempa bumi yang terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 12:52 PM