BRIE (tengah) menerima anugerah bagi kategori Babak Pertarungan Terbaik. FOTO/AFP
BRIE (tengah) menerima anugerah bagi kategori Babak Pertarungan Terbaik. FOTO/AFP
AFP

LOS ANGELES: Filem Avengers: Endgame mendominasi Anugerah MTV Movie dan TV semalam apabila merangkul anugerah dalam beberapa kategori termasuk Filem Terbaik.

AFP melaporkan, filem yang mencapai kutipan kedua tertinggi setakat ini turut memenangi kategori Hero Terbaik menerusi pelakon Robert Downey Jr yang membawa watak Iron Man.

Manakala Josh Brolin yang membawakan watak jahat, Thanos meraih anugerah bagi kategori Watak Jahat Terbaik.

Pelakon utama filem Captain Marvel, Brie Larsen turut menjadi perhatian di majlis itu apabila memberi penghargaan besar kepada pelakon lagak ngerinya ketika menerima anugerah bagi kategori Babak Pertarungan Terbaik.

Pemenang Oscar itu turut membawa mereka ke atas pentas sambil menyifatkan pelakon lagak ngeri terbabit sebagai mewakili keseluruhan watak Captain Marvel.

Joanna Bennett dan Renae Moneymaker yang melatih Larsen kali pertama bagi filem itu berkata, ia adalah satu penghormatan apabila diberi peluang menyumbang tenaga dan menghidupkan watak utama wanita filem berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 3:59 PM