GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena mengumumkan pengharaman pemakaian niqab, seminggu selepas kumpulan militan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom berani mati yang meragut 253 orang.

AFP yang memetik kenyataannya berkata, dia menggunakan kuasa undang-undang darurat untuk melaksanakan pengharaman penutup muka itu di tempat awam yang berkuat kuasa hari ini.

“Pengharaman ini bagi memastikan keselamatan negara. Tidak ada sesiapa yang patut menutup muka kerana ia menyukarkan pengecaman,” katanya.

Larangan itu dikeluarkan beberapa hari selepas pemimpin agama menggesa supaya wanita Islam tidak memakai penutup muka ketika berlaku kebimbangan selepas kumpulan militan Daish mengaku melakukan serangan terbabit.

Dilaporkan terdapat kira-kira 10 peratus umat Islam daripada 21 juta penduduk yang majoritinya beragama Buddha itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 3:47 PM