vivo V30e memiliki dua variasi warna memukau menjadikan peranti ini kelihatan elegan. - FOTO vivo Malaysia.
vivo V30e memiliki dua variasi warna memukau menjadikan peranti ini kelihatan elegan. - FOTO vivo Malaysia.
Muhammad Najmir Razaman

Sambutan hangat yang diterima siri vivo V30 Pro sebelum ini membuktikan bahawa syarikat teknologi antarabangsa terkemuka, vivo terus unggul di pasaran tempatan.

Terbaharu, jenama itu memperkenalkan satu lagi model tambahan ke dalam siri ini iaitu vivo V30e bagi memenuhi permintaan pengguna. 

Bukan saja menyediakan sambungan pantas melalui rangkaian 5G, malah vivo turut mementingkan keunikan reka bentuk yang tahan lasak, kemajuan paparan dan fungsi kamera yang canggih pada peranti ini.

Reka bentuk

Bagi memberikan kelainan, model vivo V30e yang dikuasakan cipset Snapdragon 6 Gen 1 ini menampilkan dua warna menarik iaitu Sky Mirror dan juga Coco Brown.

Warna Sky Mirror diilhamkan daripada sinaran matahari yang menyuluh di balik awan, memberikan kehangatan dan ketenangan manakala warna Coco Brown pula diinspirasikan daripada gaya hidup yang mewah dan elegan.

Reka bentuk kameranya yang persis jam tangan mewah juga turut menjadikan peranti ini sebagai sebuah peranti yang elegan.

Daripada segi paparan pula, model ini  menggunakan skrin melengkung 3-Dimensi (3D) kalis debu dan air bersaiz 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Walaupun memiliki skrin melengkung, namun peranti ini masih mengekalkan ketebalan peranti badan yang nipis bagi memberikan pengalaman kepenggunaan terbaik.

Selain itu, paparan AMOLEDnya juga mampu memberikan kecerahan puncak sehingga 1,300nits berserta gamut warna 100 peratus DCI-P3.

Keupayaan fotografi

vivo V30e direka khas bagi memberikan keupayaan fotografi canggih buat pengguna mereka.

Ia dilengkapi dengan kamera hadapan beresolusi tinggi (HD) 32MP serta kamera belakang utama 50MP yang dikuasakan sensor Sony IMX882 dengan lensa ultra lebar 8MP 5P. 

Seperti biasa, vivo mengintegrasikan pelbagai keupayaan menarik sebagai nilai tambah kepada model ini. 

Ini termasuklah AI Portrait System yang dikuasakan Aura Light 3.0 bagi membolehkan pengguna mengambil gambar potret yang cantik dan jelas walaupun ketika berada di kawasan gelap.

Lebih menarik, ia turut dilengkapi dengan keupayaan zum sehingga dua kali ganda tanpa menjejaskan kualiti gambar yang diambil.

Sistem ini juga mampu mengawal pendedahan cahaya berlebihan pada objek bagi memberikan hasil gambar yang mengasyikkan.

Dari sudut lain, kamera vivo V30e berupaya merakam video beresolusi 4K selain didatangkan dengan mod Micro Movie, fungsi Color-Adaptive Border serta Sistem Warna baharu vivo.

Prestasi mengagumkan

Melengkapkan lagi ciri istimewa yang ada, vivo turut menyediakan bateri berkapasiti 5,500mAh pada peranti ini, menjadikan ia sebagai sebuah peranti dengan bateri berkapasiti besar pertama dalam siri V.

Tidak terhenti di situ, peranti ini turut dilengkapi dengan Drop Cushioning Structure yang mana ia memberikan perlindungan sehingga 360 darjah menjadikannya lebih tahan lasak berbanding peranti lain di pasaran.

Dapatkan sekarang

Dapatkan pelbagai hadiah menarik apabila memiliki peranti vivo V30e hari ini. FOTO-vivo Malaysia.

vivo V30e tersedia hanya dalam satu konfigurasi memori 8GB+256GB dan akan dijual pada harga RM1,399.

Orang ramai kini boleh membuat tempahan bagi memiliki siri V30e di sini.

Peranti serba baharu vivo V30e ini juga boleh didapati melalui pengedar sah vivo, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok. 

Ulang tahun vivo

Temui barisan artis terkenal sempena sambutan ulang tahun ke-10 vivo di ZEPP, KL. FOTO-vivo Malaysia.

Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, vivo bakal membawakan 'Perfect Night' Party 2024 buat pengguna setia mereka pada 18 Mei 2024 ini bertempat di ZEPP KL.

Ia adalah kolaborasi bersama diantara vivo dengan iQIYI Malaysia dan Warner Music Malaysia.

Dapatkan tiket untuk berhibur bersama vivo dan barisan artis seperti Masdo, Bunga, Luqman Podolski, Andi Bernadee, Elva dan ramai lagi secara percuma di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo Malaysia sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2024 @ 3:29 PM