ROMA menjadi karya pertama Mexico yang memenangi Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Academy ke-91. FOTO Agensi
ROMA menjadi karya pertama Mexico yang memenangi Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Academy ke-91. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Roma menjadi karya pertama Mexico yang memenangi Filem Bahasa Asing Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Academy ke-91 di Dolby Theater, hari ini.

Filem separa autobiografi berdasarkan kehidupan keluarga pengarah Alfonso Cuaron di Colonia Roma, Mexico pada 1970-an turut membawa pulang trofi bagi kategori Sinematografi Terbaik.

Karya terbabit menerima sebanyak 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik.

Pada anugerah itu juga, Mahershala Ali dinobatkan Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Green Book sekali gus menjadikan ia sebagai kemenangan kedua pelakon berusia 45 tahun terbabit dalam tempoh tiga tahun.

Anugerah Academy yang kali pertama diadakan tanpa dikendalikan pengacara

membuka tirai dengan persembahan mantap kumpulan legenda British, Queen yang menyampaikan lagu hit We Are the Champions dan We Will Rock You.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Februari 2019 @ 12:03 PM