Logo pengeluar ubat Zhejiang Huahai Pharmaceutical Co Ltd yang menyertai expo farmasi di Shanghai, China. FOTO REUTERS
Logo pengeluar ubat Zhejiang Huahai Pharmaceutical Co Ltd yang menyertai expo farmasi di Shanghai, China. FOTO REUTERS
Agensi

SHANGHAI: Penyelia kesihatan China meminta semua institusi perubatan domestik bekerjasama dengan pihak berkuasa tidak menggunakan ubat darah tinggi dan jantung dikeluarkan Zhejiang Huahai Pharmaceutical Co Ltd yang mungkin mengakibatkan risiko kanser.

Pengilang pukal ubat-ubatan berkata awal bulan ini berkata, pihaknya menarik semula ubat tekanan darah tinggi dijual di Amerika Syarikat (AS) selepas Agensi Perubatan Eropah mendapati ia dicemari dengan kekotoran dikaitkan dengan kanser.

Dalam notis disiarkan dalam laman webnya, Suruhanjaya Perancangan Kesihatan dan Keluarga China berkata penarikan balik ubat yang lazimnya digunakan merawat tekanan darah tinggi sepatutnya tidak digunakan untuk diagnosis dan merawat penyakit.

Pengawal selia Eropah berkata masalah mungkin berlaku pada perubahan tarikh yang diperkenalkan syarikat itu pada 2012 dengan menunjukkan bahawa pesakit berkemungkinan terdedah kepada risiko kanser.

Ubat berkenaan sudah pun ditarik balik di AS dan Eropah dan pengawal selia ubat China berkata Ahad lalu bahawa Huahai melakukan tindakan sama dengan menarik balik bahan mentah digunakan untuk menghasilkan ubat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Ogos 2018 @ 4:35 PM