Agensi

SEKURANG-KURANGNYA dua terbunuh selepas sebuah jet persendirian terhempas di kawasan perindustrian dekat Lapangan Terbang Teterboro, New Jersey, hari ini.

Dua mangsa yang maut itu ialah juruterbang dan pembantu juruterbang jet berkenaan yang dalam penerbangan dari Philadelphia dan didaftarkan atas nama syarikat A&C Big Sky Aviation beralamat di Montana.

Tiada penumpang lain dalam Jet jenis Learjet 35 itu yang kelihatan menjunam tegak ketika terhempas.

FAA mengesahkan jet itu terhempas kira-kira 500 meter dari lapangan terbang dan bomba mengambil masa lebih sejam untuk memadam kebakaran yang turut memusnahkan sebuah bangunan dan sejumlah kenderaan.

Ketika kejadian, bangunan berkenaan kosong kerana pekerja keluar untuk makan tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2017 @ 5:30 PM