Pemilik rumah perlu pastikan hiasan meliputi semua kawasan sekitar kediaman
Pemilik rumah perlu pastikan hiasan meliputi semua kawasan sekitar kediaman
Fairul Asmaini Mohd Pilus


MENGINDAHKAN kawasan rumah bukan sahaja dapat memberi ketenangan dan keselesaan kepada penghuninya malah turut meyerlahkan nilai tambah jika hartanah itu dijual.

Ia bagaimanapun tidak boleh hanya tertumpu kepada halaman hadapan sahaja kerana ruang tepi atau belakang juga perlu diberi perhatian.

Berbanding halaman depan, ruang tepi dan belakang biasanya sering dipinggirkan sedangkan jika dihias menarik, ia dapat menyerlahkan lagi kelebihan kediaman.

Selain menaikkan nilai hartanah, menghias ruang tepi dan belakang rumah juga dapat mengurangkan risiko jenayah.

Terdapat beberapa panduan untuk menghiasi ruang tepi dan belakang kediaman yang boleh dipraktikkan antaranya memasang rumput tiruan.

Rumput tiruan adalah dekorasi ringkas dan paling mudah untuk disediakan tetapi dapat memberi suasana yang berbeza kepada kediaman.

Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass.

Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada keperluan serta bajetanda.

Rumput karpet jenis cow grass dan pearl grass contohnya lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar.

Manakala rumput karpet Jepun dan rumput karpet Filipina pula lebih mahal sertaperlukan penjagaan rapi, tetapi teksturnyalebih lembut selain kelihatanmewah.

Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak dan selamat untuk haiwan peliharaan mahupun kanak-kanak.

SELAIN menaikkan nilai hartanah, menghias ruang tepi dan belakang rumah juga dapat mengurangkan risiko jenayah.
SELAIN menaikkan nilai hartanah, menghias ruang tepi dan belakang rumah juga dapat mengurangkan risiko jenayah.

Kekurangannya pula adalah, ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada bahang terik matahari.

Selain itu, jika anda menggemari konsep hijau, boleh juga mempraktikkan dekorasi ruang tepi dan belakang rumah dengan konsep ala taman Bali.

Berbanding hanya menanam pokok tanpa susun atur atau membiarkannya tumbuh merimbun, konsep taman Bali menekankan aspek lapisan struktur dan tumbuhan.

Terdapat lima aspek utama yang boleh diterapkan dalam dekorasi anda iaitu tumbuhan hijau, batuan warna asli atau gelap, arca hiasan, hiasan kayu serta kolam atau tempat takungan air.

RUMPUT tiruan adalah dekorasi ringkas dan paling mudah tetapi dapat memberi suasana yang berbeza kepada kediaman.
RUMPUT tiruan adalah dekorasi ringkas dan paling mudah tetapi dapat memberi suasana yang berbeza kepada kediaman.

Konsep itu boleh dipraktikkan di halaman hadapan, ruang tepi atau belakang kerana ia tidak memerlukan kawasan yang luas.

Dalam pada itu, masih ramai yang menganggap bahawa untuk menghasilkan lanskap yang indahmemerlukan banyak pokok.

DEKORASI gaya minimalis scandinavia.
DEKORASI gaya minimalis scandinavia.

Ini bukan perkara tepat dalam seni hiasan landskap, kerana susun atur dan kualiti pokok yang digunakan adalah lebih penting.

Sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa untuk merapikan kawasan rumah, dekorasi terbaik adalah gaya minimalis Scandinavian.

Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit yang dilengkapi dengan set kerusi rehat atau meja makan sahaja sebenarnya sudah mencukupi untuk menyerlahkan gaya kediaman anda.

Kemasan atau dekorasi berbatu juga menarik untuk landskap ruang tepi atau belakang rumah dan ia mudah dijaga.

KEMASAN atau dekorasi berbatu juga menarik untuk landskap ruang tepi atau belakang rumah dan ia mudah dijaga.
KEMASAN atau dekorasi berbatu juga menarik untuk landskap ruang tepi atau belakang rumah dan ia mudah dijaga.

Gabungan batuan dan rumput tiruan sahaja misalnya sudah cukup untuk menaikkan seri kediaman anda.

Sementara itu, jika memiliki bajet terhad, barangan kitar semula juga boleh digunakan untuk menghiasi ruang halaman tepi dan belakang kediaman anda.

Barangan yang tidak digunakan seperti tayar kereta, bekas sabun atau botol minuman boleh menjadi hiasan menarik, apa yang perlu adalah hanya kreativiti.

Jadi, manfaatkan sepenuhnyalandskap laman tepi atau belakang rumah anda biar ia kelihatan lebih terjaga dan cantik dipandang.

Ini kerana bukan semua beruntung memiliki kediaman yang mempunyai ruang halaman tepi dan belakang.

Kediaman yang dihias dan dijaga dengan baik sememangnya selesa didiami, justeru tidak kira besar atau kecil saiznya, jadikan ia sebagai syurga untuk keluarga anda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 January 2022 @ 7:01 AM