BUKAN mudah untuk memastikan rumput yang ditanam hidup sihat dan subur.
BUKAN mudah untuk memastikan rumput yang ditanam hidup sihat dan subur.
Muhamaad Razis Ismail


MEMILIKI rumput hijau yang kemas dan cantik di halaman rumah yang dilihat seperti sebuah padang bola menjadi idaman setiap pemilik kediaman.

Bagaimanapun, untuk memastikan rumput yang ditanam hidup sihat dan subur bukan mudah seperti yang disangka kerana beberapa aspek perlu dititikberatkan.

Rumput asing atau rumput liar, serangan ulat (army worm), serangan penyakit fungus dan peningkatan masalah lumut antara musuh yang menghantui pemilik rumah apabila penjagaan tumbuhan ini diabaikan.

Pengasas bersama Aiman Lawncare (ALC), Mohd Adib Anuar berkata, penjagaan rumput adalah proses panjang yang sentiasa menuntut komitmen masa, tenaga dan wang daripada pemilik dari semasa ke semasa.

Sebelum memanggil pereka landskap, pemilik rumah boleh mengikuti beberapa tip ini sebagai persediaan sebelum menanam rumput.

PROSES pengudaraan tanah dengan teknik 'core aeration'.
PROSES pengudaraan tanah dengan teknik 'core aeration'.

1. Bajet

Peruntukan bersesuaian perlu disediakan kerana rumput memerlukan penjagaan berterusan. Pemilik perlu menyediakan peralatan sesuai dan produk berkaitan seperti baja, racun dan sebagainya untuk memastikan rumput sentiasa sihat dan hidup subur.

2. Masa

Pemilik laman perlu menyediakan masa untuk menguruskan laman mereka. Sekiranya pemilik laman tiada masa, sediakan sedikit bajet untuk mengupah penjaga laman yang dipercayai.

3. Periksa kadar sinaran cahaya matahari diterima laman

Laman yang mendapat cahaya enam hingga lapan jam boleh memilih rumput jenis karpet manakala laman yang kurang mendapat cahaya matahari disarankan memilih 'cow grass'.

4. Pokok

Elak daripada menanam rumput di bawah pokok yang mempunyai kanopi yang besar dan rendah. Ini menghalang cahaya matahari untuk sampai kepada rumput.

SIRAMAN automatik membantu pemilik yang berdepan kekangan masa menjaga rumput.
SIRAMAN automatik membantu pemilik yang berdepan kekangan masa menjaga rumput.

Sementara itu, bagi yang ingin menanam sendiri, penyediaan tapak antara perkara asas yang diperlukan sebelum menanam rumput.

1. Rancang tapak laman

Pemilik perlu pastikan ketika hujan adakah kawasan itu menakung air atau sebaliknya. Sekiranya menakung air maka perlu menyediakan saliran longkang bawah tanah (subsoil drainage) atau menukar sedikit tanah kepada 'topsoil' yang kurang tanah liat.

2. Siraman automatik (sprinkler)

Sekiranya tuan laman tiada masa menyiram rumput, penggunaan siraman automatik amat digalakkan. Pastikan laman anda mempunyai akses untuk mendapatkan air menggunakan siraman automatik

3. Bersihkan kawasan

Anda perlu bersihkan tempat yang ingin ditanam rumput itu dari semua batu, rumput lalang dan sebagainya. Anda boleh gunakan racun 'non-selective' dari jenis glyphosate.

4. Ratakan tanah

Gunakan pasir dan ratakan dengan ketebalan 2 hingga 3 inci ini bertujuan mendapatkan kerataan yang sekata dan membantu saliran air yang baik.

5. Kenal pasti kaedah menanam rumput

Anda perlu kenal pasti kaedah yang hendak gunakan untuk menanam rumput. 'Sod-cut' mengguna

kan lebih banyak rumput, tetapi terus tertutup penuh. Manakala 'spot turfing' menggunakan sedikit rumput kerana ia ditanam jarak secara 'spot'.

6. Tabur baja

Sebelum meletakkan rumput, tabur baja dari kategori 'starter fertilizer'. Baja ini mempunyai kandungan fosforus yang tinggi di mana ia membantu pertumbuhan akar

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2024 @ 6:30 AM