MUHYIDDIN bersama Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (kiri) ketika menghadiri Konvensyen Bersatu Sabah hari ini. FOTO bernama
MUHYIDDIN bersama Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (kiri) ketika menghadiri Konvensyen Bersatu Sabah hari ini. FOTO bernama
BERNAMA

Kota Kinabalu: Perikatan Nasional (PN) masih belum memutuskan mengenai bilangan kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN dan Bersatu akan menyertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi pada pilihan raya itu belum lagi dibuat masa ini kerana masih terlalu awal.

"Apa yang pasti bila PRN Sabah tiba, Bersatu dan PN akan menyertainya. Di mana dan berapa (jumlah kerusi) keputusan akan dibuat nanti. Saya tidak akan beritahu sekarang sampai peringkat waktu paling sesuai," katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Bersatu Sabah di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata parti itu kini memberi fokus untuk membina semula kekuatannya di Sabah, antara lain dengan menambah keahlian dan membuka lebih banyak cawangan sebagai persediaan menghadapi PRN akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2024 @ 6:03 PM