MASIH melengkapi persekitaran urban.
MASIH melengkapi persekitaran urban.
DILITUPI tumbahan sukulen dan menjalar.
DILITUPI tumbahan sukulen dan menjalar.
Nurul Husna Mahmud


BERBANDING sebuah kawasan perumahan elit yang biasa, firma dari China, MAD membina Residen Gardenhouse Beverly Hills di California Amerika Syarikat seperti perkampungan atas bukit yang menghijau di tengah kota metropolitan.

Projek membabitkan 18 unit kediaman atas podium bersaiz mega itu menyamai tiga tingkat bangunan dilitupi dengan spesies tumbuhan jenis sukulen dan menjalar membuatkan ia menonjol dalam persekitaran urban.

Konsep keseluruhan pembinaan rumah mewah berkenaan adalah eksperimen sulung firma itu mengenai konsep bandar Shanshui diinspirasikan daripada ilustrasi lukisan landskap China, 'shan-shui.'

Menurut Pengasas MAD Ma Yansong projek akan datang Huangshan Mountain Village dan Chaoyang Park Plaza di China turut menggunakan konsep sama.

"Kewujudan rumah ini tampak melengkapi persekitaran urban, tetapi memberi pengalaman eksklusif apabila tampil berbeza dengan elemen semua jadi.

"Konsep ini memberi perspektif baharu yang mana pandangan umum melihat bagaimana proses membuat bukit dalam konteks atau persekitaran bandar sehingga orang dapat tinggal dan memberi perasaan kedesaan.

MEMPUNYAI akses ke taman.
MEMPUNYAI akses ke taman.

"Persekitaran itu memberi suntikan positif apabila kediaman bandar terancang dan teliti kepada suasana lebih santai serta menyeronokkan," katanya.

Perincian rumah terdapat dalam kawasan itu pula struktur menggunakan kayu selain kaca bertemakan putih.

Rumah itu disusun dalam bulatan di sekitar atrium iaitu bahagian tengah yang dipenuhi kehijauan.

Malah, rumah itu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Garden Flat Collection, Row House Collection dan Sky Villa.

Beberapa rumah mempunyai balkoni yang menghadap ruang hijau, sementara yang lain mempunyai lebih banyak ruang peribadi.

Garden Flat Collection adalah rumah tiga tingkat dengan tiga bilik yang mempunyai balkoni dan teres peribadi dengan akses ke halaman.

Terakhir, Sky Villas mempunyai tangga melengkung, selain ruang tamu terbuka di tingkat bawah dengan akses ke balkoni dan satu bilik tidur.

Dua bilik tidur lagi, termasuk suite utama, terletak di tingkat
atas.

MEMPUNYAI akses ke taman.
MEMPUNYAI akses ke taman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 6:30 AM