BERCIRI gelangsar  polos bersaiz besar memberi kepuasan menatap panorama luar kabin. FOTO: Sumber dezeen.com
BERCIRI gelangsar polos bersaiz besar memberi kepuasan menatap panorama luar kabin. FOTO: Sumber dezeen.com
Hafiz Ithnin

PERCUTIAN dikelilingi alam semula jadi sememangnya menjadi idaman ramai keluarga kerana ia dapat memberi aura ketenangan yang tersendiri. Dalam masa yang sama, kemudahan penginapan antara elemen yang paling menjadi perhatian.

Mana tidaknya, bagi mereka yang sudah berkeluarga pastinya inginkan penginapan yang selesa meskipun bercuti di dalam hutan. Di sebabkan itu, pada hari ini terdapat pelbagai konsep penginapan di dalam hutan yang ditawarkan kepada peminat alam semula jadi itu.

Antara yang menarik perhatian ialah sebuah kabin kayu di Ustaritz yang terletak di Selatan-Barat Perancis dinamakan sebagai Heva.

Heva adalah ringkasan di dalam bahasa tempatan Habiter un espace de vie autonome atau menginap serba cukup untuk diri.

Mempunyai keluasan 22 meter persegi, kabin kayu itu dibangunkan firma arkitek, Bordeoux studio A6A yang menampilkan ciri kediaman agak serba lengkap untuk mereka yang ingin menikmati suasana alam semula jadi.

KABIN yang dilengkapi dengan sistem angkut untuk memudahkan ia dialihkan. FOTO: Sumber dezeen.com
KABIN yang dilengkapi dengan sistem angkut untuk memudahkan ia dialihkan. FOTO: Sumber dezeen.com

RUANG tamu yang kecil dan pelbagai guna. FOTO: Sumber dezeen.com
RUANG tamu yang kecil dan pelbagai guna. FOTO: Sumber dezeen.com

Sebenarnya sebelum itu, kabin berkenaan direka untuk studio pemilik bersama Micheal Hardoin sebagai kediaman yang boleh bercirikan mudah alih.

Dalam satu temu bual bersama Dezeen, Hardoin berkata, Heva adalah sebuah tempat tinggal yang lengkap dengan dapur kecil, bilik mandi dan penstoran teknikal.

"Paling penting kediaman ini bercirikan gelangsar tingkap polos bersaiz besar membolehkan mereka yang berada di dalam kediaman menikmati panorama di luar," katanya.

Kabin itu yang diperbuat daripada bingkai kayu pokok pain tempatan dari Landes dan cemara dari Limousin. Manakala, penebatnya diperbuat daripada serat kayu.

TEMPAT tidur di ruang tamu. FOTO: Sumber dezeen.com
TEMPAT tidur di ruang tamu. FOTO: Sumber dezeen.com

Bahagian luar kabin itu dilapis dengan papan kayu daripada sumber pokok Pine Douglas yang dibakar bagi menjadi pelindung daripada cahaya buruk dan serangan serangga.

Pereka kabin itu membahagikan ruang dalamannya kepada tiga bahagian iaitu ruang tamu, dapur mini lengkap tempat memasak dan sinki serta sebuah bilik mandi. Manakala, ruang ketiga dilengkapi tempat tidur. Di ruang tamunya juga terdapat tempat tidur.

Menariknya, di ruang mandinya terdapat tandas kering yang turut dilengkapi sistem rawatan air kumbahan mikro. Manakala, bagi air minuman ia mempunyai sistem paip dari tangki yang perlu diisi.

SINGKI yang tampak kemas dan moden. FOTO: Sumber dezeen.com
SINGKI yang tampak kemas dan moden. FOTO: Sumber dezeen.com

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 6:45 AM