PERINCIAN rekaan setiap ruang perpustakaan mikro ini tampil kepelbagaian fungsi
PERINCIAN rekaan setiap ruang perpustakaan mikro ini tampil kepelbagaian fungsi
Susunan Nurul Husna Mahmud

FIRMA arkitek Shau membina sebuah perpustakaan mikro di Semarang, Indonesia bukan sekadar bilik bacaan awam untuk bandar raya itu, tetapi juga berfungsi sebagai pusat komuniti mini.

Perpustakaan mikro dinamakan Warak Kayu adalah perpustakaan kelima dibina firma itu dengan matlamat meningkatkan akses kepada pembelajaran bagi golongan miskin di negara berkenan.

Justeru, beberapa butiran pendekatan seperti bermain diletakkan dalam bangunan itu supaya menggalakkan kehadiran kanak-kanak bersama keluarga.

Ciri-ciri rekaan unik diketengahkan pada perincian setiap ruang boleh dilihat ˝ang menampilkan kepelbagaian fungsi.

Contohnya perincian lantai 'hammock' mencipta persekitaran yang selesa untuk kanak-kanak duduk dan membaca buku, manakala ibu bapa boleh memerhati mereka dari bawah.

Begitu juga tangga gergasi untuk akses naik dan turun daripada tingkat satu dan ke bawah, mencipta ruang tempat duduk gaya auditorium untuk menonton persembahan atau filem.

REKAAN terbuka tidak memerlukan fasiliti penyaman udara.
REKAAN terbuka tidak memerlukan fasiliti penyaman udara.

MAHU galak budaya membaca selain akses pendidikan untuk semua termasuk golongan miskin.
MAHU galak budaya membaca selain akses pendidikan untuk semua termasuk golongan miskin.

Menurut arkitek perpustakaan itu, Florian Heinzelmann dan Daliana Suryawinata melihat pendekatan multi-programatik sebagai usaha meningkatkan reputasi perpustakaan sebagai tempat popular.

Bangunan ini didirikan bermula dari di ruang terbuka tingkat bawah kemudian mewujudkan sebuah bilik bacaan di tingkat pertama dan lebih tertutup.

Susun atur ini direka untuk menjadikan bangunan itu kelihatan lebih mengalu-alukan kepada pengunjung baru.

Keseluruhan struktur dibina daripada pelbagai kayu termasuk kayu keras yang dihasilkan pengilang kayu tempatan PT Kayu lapis Indonesia dan menggunakan produk sedia ada di pasaran bagi mengurangkan pembaziran dan kos.

Sistem pembinaan 'Zollinger Bauweise' turut digunakan untuk membuat kerangka yang bercorak penjuru berlian yang secara semula jadi membentuk susunan seakan-akan rak buku.

Corak berlian ini juga diambil menerusi inspirasi 'kulit' atau 'sisik' makhluk mitos tempatan, Warak Ngendog, karakter naga selalu muncul dalam perayaan tahunan di Semarang.

RUANG ‘hammock’ santai untuk kanak-kanak membaca.
RUANG ‘hammock’ santai untuk kanak-kanak membaca.

Manakala struktur berkonsepkan terbuka menerusi bumbung tergantung yang menawarkan teduhan pasif, disokong pada rasuk kemas dan pelbagai faktor lain termasuk lapisan lantai kukuh.

Menerusi kepelbagaian elemen itu, bangunan berkenaan tidak memerlukan sebarang pendingin hawa, walaupun cuaca tropika.

Perpustakaan itu dibiayai menerusi sumbangan dari Yayasan Arkatama Isvara dan diuruskan Harvey Center, kumpulan kebajikan tempatan.

Ia akan menjadi sebahagian tarikan pelancongan di bandar itu.

TANGGA besar turut berfungsi sebagai tempat duduk auditorium terbuka.
TANGGA besar turut berfungsi sebagai tempat duduk auditorium terbuka.

PERINCIAN rekaan mengambil inspiradi sisik naga daripada karakter mitos tempatan Warak Ngendog.
PERINCIAN rekaan mengambil inspiradi sisik naga daripada karakter mitos tempatan Warak Ngendog.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 6:31 AM