TUMBESARAN pokok tidak terganggu walaupun ditanam dalam bekas biodegradasi.
TUMBESARAN pokok tidak terganggu walaupun ditanam dalam bekas biodegradasi.
 ANTARA kelebihan plastik biodegradasi kepada alam sekitar adalah mengambil masa yang singkat untuk terurai.
ANTARA kelebihan plastik biodegradasi kepada alam sekitar adalah mengambil masa yang singkat untuk terurai.
ANTARA bekas tanaman biodegradasi yang diperbuat daripada serat.
ANTARA bekas tanaman biodegradasi yang diperbuat daripada serat.
 TANAMAN hijau ini hidup subur dalam bekas biodegradasi.
TANAMAN hijau ini hidup subur dalam bekas biodegradasi.
 KINI pelbagai jenis rekaan bekas pembungkusan makanan biodegradasi.
KINI pelbagai jenis rekaan bekas pembungkusan makanan biodegradasi.
 BEKAS makanan biodegradasi mudah terurai.
BEKAS makanan biodegradasi mudah terurai.
BEKAS makanan biodegradasi lebih mesra alam dan tidak mengandungi bahan pencemaran.
BEKAS makanan biodegradasi lebih mesra alam dan tidak mengandungi bahan pencemaran.
PESERTA taklimat meneliti contoh produk biodegradasi.
PESERTA taklimat meneliti contoh produk biodegradasi.
Hartini Mohd Nawi


Kajian Institute of Energy and Enviromental Research (IEER) pada 1992 menunjukkan polisterina yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran tiga hingga lima kali lebih tinggi berbanding bahan buangan yang lain.

HCFC-22 adalah hidroklorofluorokarbon menyumbang kepada penipisan lapisan ozon yang bertindak melindungi bumi dan hidupan.

Malah masyarakat negara ini menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 60 peratus daripada jumlah itu adalah plastik.

Pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan adalah Insiatif Teknologi Hijau Wilayah Persekutuan di bawah Teras 7: Pengurusan Sisa Pepejal.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan ancaman plastik dan polistirena terhadap kesihatan masyarakat, alam sekitar dan hidupan liar.

Selain mengurangkan pencemaran alam sekitar melalui pengurangan penggunaan bahan plastik dan polistirena, ia mengurangkan kos pelupusan serta sistem pepejal plastik.

Ia juga bagi menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi di Willayah Persekutuan.

Produk biodegradasi adalah produk yang mudah kompos, sumber daripada bahan kitar semula dan teknologi hijau.

Menerusi taklimat Kesedaran dan Penguatkuasaan Penggunaan Produk Biodegradasi Di Premis Perniagaan Putrajaya, baru-baru ini, penceramah dan aktivis dari Global Go Green For Biodegradable Dr Aishah Aziz memperincikan beberapa isu berkenaan ancaman plastik dan polisterina kepada alam sekitar dan kesihatan manusia serta keistimewaan plastik biodegradasi.

“Plastik biodegradasi didefinisikan sebagai plastik yang terurai secara biologi, boleh mereput sepenuhnya dalam tempoh tertentu.

“Terdapat dua jenis utama plastik biodegradasi dalam pasaran iaitu plastik hidro-biodegradasi atau Hydro Biodegradable Plastic (HBP) dan plastikokso-biodegradasi atau Oxo Biodegradable Plastic (OBP).

“HBP cenderung mendegradasi dan membiodegradasi dengan lebih pantas berbanding OBP.

“OBP umumnya adalah lebih murah, mempunyai sifat fizik yang lebih baik dan lebih mudah diproses,” katanya.

Beliau berkata HBP boleh dibuat daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti jagung-gandum, tebu atau sumber yang tidak boleh diperbaharui umpamanya bahan berdasarkan petroleum atau sebatian kedua-duanya.

Sementara OBP pula dihasilkan menggunakan sedikit sebatian asid lemak logam peralihan tertentu (besi adalah salah satu contoh logam peralihan).

“Antara kelebihan plastik bidegradasi kepada alam sekitar adalah mengambil masa yang singkat untuk terurai, dapat diperbaharui, lebih mudah untuk kitar semula dan tidak bertoksik,” katanya.

Berkenaan perbezaan plastik biodegradasi dengan plastik yang lain, Dr Aishah berkata plastik mesra alam tidak akan melepaskan karbon kerana tiada karbon yang terlibat dalam proses pembuatannya.

“Metana dan bahan pencemar lain juga keluar daripada plastik biasa apabila dikitar semula dan dibakar.

“Ia berbeza dengan plastik mesra alam yang tidak mengandungi bahan pencemaran.

“Diuraikan bakteria semula jadi, yang sekali lagi akan memberi manfaat kepada alam sekitar,” katanya.

Pasu atau bekas tanaman biodegradasi

Bekas tanaman biodegradasi itu didatangkan dengan pelbagai kelebihan dan mudah dikitar semula berbanding bekas tanaman biasa.

Ada juga bekas tanaman biodegradasi yang dihasilkan daripada serat termasuk serat kayu dan tidak mudah rosak atau walaupun tanaman membesar.

Apabila bekas tanaman itu terbidegradasi, ia turut tidak menjejaskan tanaman.

Bermakna, anda boleh meletakkan bekas biodegradasi yang ‘terisi’ tanaman di dalam tanah.

Istimewanya kerana ia tidak mengganggu tumbesaran tanaman dan akarnya pula bebas ‘mencengkam’ tanah biar pun berada dalam bekas biodegradasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2017 @ 2:06 AM