PROGRAM Mega Cashback berlangsung  di semua cawangan MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR.
PROGRAM Mega Cashback berlangsung di semua cawangan MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR.

PERUNCIT perkakas rumah terbesar Malaysia, MR DIY menawarkan lebih banyak pulangan tunai menerusi Mega Cashback untuk penjimatan berganda kepada pelanggannya.

Tawaran itu diberikan kepada pelanggan yang berbelanja di semua cawangannya MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR di seluruh negara dengan kerjasama tiga bank dan empat penyedia e-dompet, bermula 15 Januari hingga 28 Februari ini.

Ia merangkumi HSBC, Public Bank, MAE oleh Maybank, serta Touch 'n Go eWallet, ShopeePay, GrabPay dan Boost.

Ketua Pemasaran, MR DIY Group (M) Berhad, Alex Goh berkata, menerusi Mega Cashback dan komitmen Harga Rendah Selalu, pihaknya yakin dapat membantu rakyat Malaysia menikmati penjimatan berganda.

"Ini kali pertama kami bekerjasama dengan tujuh penyedia perkhidmatan kewangan dalam satu program.

"Pelanggan tertunggu-tunggu menambah stok barangan perayaan dan keperluan rumah bagi menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna bersama insan tersayang," katanya.

Goh berkata, program Mega Cashback ini juga tepat pada masanya kerana ia membantu rakyat Malaysia menambah stok barangan keperluan perlindungan diri pada harga diskaun.

"Kami mahu semua rakyat Malaysia menikmati perayaan selamat dan yakin kerana mereka mempunyai semua barangan perlindungan diri yang diperlukan.

"Bagi kami, program Mega Cashback ini bukan sekadar tentang harga rendah, tetapi untuk ketenangan fikiran," katanya.

Sepanjang 15 Januari hingga 28 Februari, pelanggan HSBC berbelanja di semua cawangan MR DIY dengan minuman RM50, menerima pulangan tunai RM10.

Bagi pelanggan Public Bank yang berbelanja di MR DIY, MR DOLLAR mahupun MR TOY dengan jumlah minimum RM50, antara 17 Januari hingga 28 Februari akan menerima pulangan tunai RM8.

Untuk pelanggan GrabPay berbelanja di kedai MR DIY antara 17 Januari hingga 28 Februari menikmati diskaun 30 peratus (sehingga RM10) dengan perbelanjaan minimum RM33.

Antara 18 Januari hingga 27 Februari, pelanggan MAE Maybank berbelanja di MR DIY, MR DOLLAR atau MR TOY berpeluang mendapatkan pulangan tunai harian sehingga RM88 dengan perbelanjaan minimum RM30.

Bagi pelanggan Touch n'Go e-wallet yang berbelanja menerima pulangan tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM40 manakala Boost (pulangan tunai RM5) dengan perbelanjaan minimum RM30 dan menangi RM100 Boost MR DIY wallet.

Maklumat lanjut Mega Cashback boleh didapati di https://www.mrdiy.com/promotion/327/MR.DIY-Mega-Cashback-2022/.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Februari 2022 @ 7:00 AM