Cawangan MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR menawarkan pulangan tunai untuk pembelian dalam kedai melalui Kempen Mega Cashback.
Cawangan MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR menawarkan pulangan tunai untuk pembelian dalam kedai melalui Kempen Mega Cashback.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Kumpulan MR DIY bekerjasama dengan enam penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam kedai dan diskaun menarik dalam Kempen Mega Cashback.

Kempen berkenaan berlangsung di semua cawangan MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR yang mengambil bahagian.

Enam penyedia perkhidmatan itu adalah lima penyedia e-dompet - Boost, Grabpay, MAE oleh Maybank, Shopeepay dan Touch 'n Go eWallet serta bank HSBC. Promosi ini berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2022.

Ketua Pemasaran, Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, kempen Mega Cashback MR DIY yang pertama pada Februari lalu berjalan lancar di mana pelanggan memanfaatkan peluang tersebut untuk menikmati nilai yang hebat.

Ketua Pemasaran, Kumpulan MR DIY, Alex Goh.
Ketua Pemasaran, Kumpulan MR DIY, Alex Goh.

"Disebabkan sambutan yang hebat inilah, kami membuat keputusan untuk membawa kembali kempen ini dengan tawaran lebih menarik untuk membantu rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan dan manfaat apabila mereka membuat persiapan untuk menyambut hari raya dan musim cuti nanti.

"Memandangkan rakyat Malaysia akan mendapatkan barangan keperluan harian, produk perayaan dan hadiah serta buah tangan; ternyata ini masa yang paling sesuai untuk kami memberi lebih ganjaran kepada mereka.

"Selepas dua tahun beraya di bawah perintah kawalan pergerakan, semua pasti teruja untuk pulang ke kampung, menziarahi sanak saudara dan beraya bersama mereka yang tersayang pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Kami ingin membantu menjadikan pengalaman ini lebih mampu milik, mudah dan menguntungkan mereka," katanya dalam kenyataan.

Kempen Mega Cashback akan dijalankan serentak dengan kempen Raya Serba Baharu.

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan lebih daripada 200 barangan keperluan untuk hari raya yang Always Low Prices termasuk barangan popular untuk musim perayaan seperti langsir, sarung kusyen serta barangan perhiasan rumah dan kelengkapan dapur.

Mega Cashback MR DIY akan berlangsung di cawangan MR DIY, MR TOY dan MR DOLLAR yang mengambil bahagian, yang mempunyai perkhidmatan bayaran e-dompet di kedai.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 3:26 PM