Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.
Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.
Suliati Asri

SENSODYNE melancarkan kempen #ReclaimLifeSmallPleasures bagi memperkenalkan ubat gigi Repair & Protect Deep Repair terbarunya sekali gus membolehkan mereka yang menghidap masalah gigi sensitif merasai semula nikmat kehidupan tanpa perlu bimbang mengenai gigi sensitif.

Dengan teknologi NovaMin® yang menembusi jauh ke dalam gigi, Sensodyne Repair & Protect Deep Repair ini membantu membaiki punca gigi sensitif dan membentuk lapisan perlindungan yang terbukti secara klinikal dapat melegakan masalah gigi sensitif.

Ia juga mengandungi fluorida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif di samping menjaga kesihatan gigi dan gusi.

Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong berkata, pihaknya memahami ketidakselesaan yang disebabkan oleh gigi sensitif boleh menghalang seseorang itu
daripada merasai nikmat kehidupan sepenuhnya.

Justeru, katanya ketika negara mulai kembali normal dalam era pascapandemik, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures ini menyasarkan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan penjagaan mulut.

"Hidup ini terlalu singkat untuk gigi sensitif. Dengan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair ini, orang ramai terutama penghidap masalah gigi sensitif dapat menikmati setiap detik indah yang dilalui, sama ada menerokai, mencuba dan merasai makanan setiap hari tanpa perlu bimbang mengenai gigi sensitif," katanya.

Mengikut kajian Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) yang dijalankan GSK Consumer Healthcare, sekurang-kurangnya tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghidap masalah gigi
sensitif.

Selain itu, kajian terbaru GSK Consumer Healthcare dan Ipsos mengenai impak Covid-19 ke atas tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna pula mendapati bahawa pengurangan kekerapan kunjungan ke klinik gigi ketika pandemik menjadi punca utama perubahan tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna di Asia Tenggara dalam tempoh ini.

Wong berkata, selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, rakyat Malaysia digesa agar mengutamakan amalan penjagaan kesihatan mulut dan mempelajari cara untuk
mengenal pasti serta menangani masalah gigi sensitif yang tidak diingini.

"Justeru, kami berharap menerusi kempen ini penghidap gigi sensitif boleh mendapat perlindungan yang mereka perlukan daripada Sensodyne," katanya.

Mulai semalam sehingga 31 Januari ini, GSK Flagship Store di Shopee juga mengadakan promosi istimewa dengan hanya RM10 untuk setiap pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.

Dengan pembelian minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne pula, pengguna juga akan menerima 10 peratus potongan tambahan dan baucar ShopeeFood bernilai RM5.

Ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh Malaysia .

Sampel ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair juga boleh didapati di hampir 1,000 klinik pergigian di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sensodyne Repair & Protect Deep Repair dan cara untuk melegakan gigi sensitif, kunjungi sensodyne.com.my dan ikuti laman Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 2:38 PM