VAKSIN Sputnik V. FOTO AFP
VAKSIN Sputnik V. FOTO AFP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Anak syarikat milik penuh UCrest Bhd UCrest Technology Limited (UTL) menandatangani perjanjian perkhidmatan induk dengan unit Russian Direct Investment Fund (RDIF) untuk pengeluaran vaksin Sputnik V.

UTL hari ini memeterai perjanjian dengan syarikat liabiliti terhad (LLC), "Human Vaccine," ia dimiliki sepenuhnya oleh dana kekayaan negara Rusia susulan daripada memorandum persefahaman yang ditandatangani pada April tahun ini antara UCrest dan RDIF, kata UTL dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Perjanjian itu adalah bagi tempoh satu tahun dan boleh diperbaharui untuk setahun lagi, katanya syarikat yang membangunkan dan memasarkan produk serta perkhidmatan berkaitan teknologi itu.

"Human Vaccine akan membeli vaksin daripada UTL dan peyumberluaran akan dilakukan UTL terhadap pengeluaran itu kepada rakan kongsi pembuatan," katanya.

Tanpa mengambil kira situasi luar jangka perjanjian perkhidmatan induk itu dijangka dapat memberikan sumbangan positif terhadap pendapatan pada masa depan dan aset bersih ssaham sepanjang tempoh perjanjian tersebut, kata UCrest.

Setakat 2.48 petang, saham UCrest naik dua sen kepada 35 sen dengan 27.2 juta saham diniagakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 September 2021 @ 5:41 PM