MOSCOW. FOTO fail AFP
MOSCOW. FOTO fail AFP
Agensi

Moscow: Presiden Rusia Vladimir Putin meminta pemimpin menyusun rancangan untuk membawa 'pelancongan vaksin' ke negara itu, akhir bulan ini.

"Ramai ahli perniagaan dan ketua syarikat datang ke Rusia untuk mendapatkan vaksin bagi melawan koronavirus," kata Putin ketika Forum Ekonomi Antarabangsa St Petersburg.

Moscow Times melaporkan, beliau akan meminta kerajaan menganalisis semua permasalahan itu akhir bulan ini.

"Saya ingin meminta pemimpin untuk menganalisis semua aspek dan masalah akhir bulan ini supaya dapat mengatur prosedur membawa warga asing datang ke Rusia dan mendapat vaksin secara komersial," katanya.

Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) yang mempromosikan vaksin Sputnik V Covid-19 buatan Rusia di seluruh dunia mengatakan mereka dapat melancarkan pelancongan vaksin pada Julai depan.

Putin mengatakan, semua orang Rusia memiliki kesempatan untuk divaksinasi 'dengan tenang, sukarela dan percuma'.

Dia menasihati orang Rusia supaya tidak mendapat suntikan terhadap Covid-19 hampir setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif RDIF, Kirill Dmitriyev berkata, negara Eropah menyatakan 'minat khusus' dalam pelancongan vaksin ke Rusia.

"Saya rasa kami akan memberikan perincian konsep pada akhir bulan ini," kata agensi berita TASS.

Agensi perlindungan pengguna Rusia yang mengawasi maklum balas Covid-19 di seluruh negara berjanji untuk menangani vaksinasi warga asing di Rusia 'tidak lama lagi'.

Putin sudah menerima dos vaksin lengkap buatan Rusia, namun sempadan negara itu secara rasmi masih ditutup untuk pelancong dari kebanyakan negara dengan 29 penerbangan ditangguhkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 12:36 PM