WAN Razly (kiri) bersama Agil (tengah) dan Ketua Pegawai Kewangan Bank Affin, Joanne Rodrigues pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-44 AFFINBANK, semalam.
WAN Razly (kiri) bersama Agil (tengah) dan Ketua Pegawai Kewangan Bank Affin, Joanne Rodrigues pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-44 AFFINBANK, semalam.

AFFIN Bank Berhad (AFFINBANK) berdepan implikasi kos pelaksanaan moratorium yang dianggarkan RM80 juta sepanjang tempoh moratorium selama enam bulan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFINBANK, Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, selain segmen konsumer, separuh pelanggan bagi perusahaan kecil dan sederhananya (PKS) juga menerima moratorium.

"Kos moratorium (RM80 juta) yang kami tanggung itu berikutan AFFINBANK tidak mengenakan sebarang caj faedah ke atas pinjaman dan kami lihat jika pelaksanaan moratorium dilanjutkan ia akan memberi kesan kepada perbankan itu sendiri.

"Oleh itu, sektor perbankan sedang berbincang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memberi bantuan kewangan lain (mencari kaedah penyelesaian lain selain moratorium) kerana moratorium ini membabitkan kos yang besar," katanya pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-44 AFFINBANK di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi AFFINBANK Datuk Agil Natt.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 7:10 AM