VANESSA (tengah) diapit Chern (kiri) dan Shahira bersama hadiah yang dimenangi.
VANESSA (tengah) diapit Chern (kiri) dan Shahira bersama hadiah yang dimenangi.
Fazurawati Che Lah

Penuntut MSU, Vanessa Cruez muncul pemenang dalam pertandingan World Miss University Malaysia 2018 (WMUM 2018), baru-baru ini.

Kemenangan penuntut Bachelor in Food Service Technology itu mengalahkan 32 peserta lain yang turut berentap dalam pertandingan berkenaan.

Selain Vanessa, penuntut MSU lain yang turut terpilih menyertai WMUM 2018 ialah Shahira Sundu, iaitu penuntut Bachelor in Marketing with Psychology dan Chern Yun Yu, penuntut Bachelor in Hospitality and Tourism Management.

Kedua-duanya diumumkan sebagai Miss Leadership dan Miss Virtue.

Vanessa membawa pulang hadiah dan wang tunai bernilai lebih RM10,000, biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selain bakal mewakili Malaysia dalam World Miss University International 2018 ke-29 pada November akan datang di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Pencarian Miss University Malaysia dan World adalah program global yang diadakan untuk mempromosikan keamanan dunia.

Lebih 123 penuntut daripada pelbagai universiti di seluruh dunia akan bersaing dari segi kecantikan fizikal, intelek, personaliti, ketrampilan, sifat kepimpinan dan nilai kemanusiaan.

Pemenang World Miss University International pula bakal menerima pengiktirafan dan menjadi duta kepada World Miss University Peace Service Corps Foundation.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 1:04 PM