VERSTAPPEN diraikan selepas muncul juara di GP Sepanyol. -FOTO AFP
VERSTAPPEN diraikan selepas muncul juara di GP Sepanyol. -FOTO AFP
AFP

Montreal: Kembali daripada rehat selepas menang di Sepanyol, juara bertahan dunia juara, Max Verstappen akan berusaha untuk meneruskan rentak mendominasi seterusnya menjarakkan kedudukan selaku pendahulu apabila turun beraksi di Grand Prix Kanada hujung minggu ini.

Pelumba Red Bull itu yang menang di Montreal tahun lalu, merangkul kemenangan berturut-turut di Miami, Monte Carlo dan Barcelona kini 53 mata mendahului pesaing terdekat yang juga rakan sepasukan Sergio Perez dalam persaingan kejuaraan pelumba.

Satu lagi kemenangan, dalam perlumbaan 70 pusingan Ahad ini di Litar Gilles Villeneuve, trek berkelajuan tinggi di Ile Notre-Dame di sungai St Lawrence, akan menjadi yang ke-100 buat pasukan itu dalam Formula Satu dan ke-24 dalam 27 perlumbaan.

"Trek ini unik," kata Verstappen yang berusia 25 tahun. "Anda boleh memasuki beberapa jalan lama dan pemandangannya yang menenangkan. Pelarasan kereta mestilah seimbang antara laluan lurus dan laluan sempit yang ditawarkan."

Red Bull kini sudahpun memenangi 23 daripada 26 perlumbaan dan 17 daripada 18 perlumbaan terakhir, akan menjadi pengeluar kelima yang mencapai 100 kemenangan perlumbaan.

Tahun lalu Verstappen menang di Kanada selepas bermula daripada petak pertama mengatasi pelumba Ferrari, Carlos Sainz dan pemandu Mercedes Lewis Hamilton, juara dunia tujuh kali yang menyamai rekod tujuh kemenangan di sana.

"Sudah tentu, kemenangan tahun lalu masih dalam fikiran saya jadi harap kami dapat melakukan sesuatu yang serupa pada hujung minggu ini," kata Verstappen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2023 @ 12:04 PM