PERSETERUAN Hamilton, Verstappen berterusan. -FOTO AFP
PERSETERUAN Hamilton, Verstappen berterusan. -FOTO AFP

Istanbul: Lewis Hamilton kembali ke tempat dia melakarkan kemenangan yang tidak dapat dilupakan di Grand Prix Turki hujung minggu ini, namun perlu berhati-hati dengan ancaman terhadap mahkota kejuaraan dunia.

Sebelas bulan selepas kemenangan menakjubkan Mercedes dalam keadaan cuaca buruk dengan hujan lebat yang menjadikan dia merangkul kejuaraan dunia yang ketujuh, pelumba Britain berusia 36 tahun itu kini hanya dua mata mengatasi pelumba Red Bull, Max Verstappen dan masih mempunyai tujuh perlumbaan.

Ia memberi sedikit kelebihan namun dia juga tahu dia berdepan dengan sebarang kemungkinan seperti yang berlaku kepada pelumba Belanda dua minggu lalu di Rusia dalam perlumbaan yang mungkin berlangsung dalam keadaan cuaca hujan.

Tahun lalu adalah perlumbaan pertama di Istanbul Park selepas sembilan tahun dan berlangsung dalam keadaan cuaca buruk dan trek yang licin seperti di Sochi bulan lalu dan sebarang kemungkinan dan drama boleh berlaku.

Namun tujuannya pada Ahad ini lebih jelas dan dia perlu berusaha menewaskan Verstappen dan menyelamatkan kedudukan selaku pendahulu.

Hamilton perlu menang bagi menjarakkan jurang mata seterusnya memberikan kelebihan kepadanya dalam pemburuan gelaran juara dunia bagi mengelakkan pertembungan ketiga selepas kemalangan di Silverstone dan Monza.

Verstappen sebaliknya mahu melupakan memori yang suram tahun lalu ketika dia berjaya lolos di barisan depan, kemudiannya tergelincir ke tangga keenam kerana masalah mekanikal dan keputusan terburuk musim lalu.

"Ia bukan minggu terbaik buat kami dan pasukan. Tapi saya rasa ia akan berbeza tahun ini. Trek harus lebih mencengkam dan akan banyak yang dapat kita pelajari."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Oktober 2021 @ 11:19 AM