HAMILTON (kiri) berkata sesuatu dengan Perez. FOTO EPA
HAMILTON (kiri) berkata sesuatu dengan Perez. FOTO EPA
AFP

Jeddah: Lewis Hamilton berkata dia tidak berhasrat meninggalkan Mercedes yang sedang bergelut tetapi mengakui kata-katanya mencetuskan masalah kepada pasukan selepas perlumbaan Grand Prix Bahrain.

Bercakap menjelang Grand Prix Arab Saudi, Ahad ini, juara tujuh kali itu menjelaskan bahawa dia tidak mahu berhijrah ke pasukan lain dan komited sepenuhnya untuk kekal bersama pasukan bekas juara itu.

"Jika difikirkan semula, ia mungkin bukan pilihan perkataan terbaik," kata Hamilton, merujuk kepada aduannya bahawa pasukan itu tidak mendengarnya nasihatnya ketika mengulas prestasi dan kereta mereka tahun lalu, apabila mereka hanya memenangi satu perlumbaan.

"Memang ada masa di mana anda tidak bersetuju dengan beberapa anggota pasukan, tetapi apa yang penting ialah kami terus berkomunikasi, kami terus bersatu.

"Saya masih mempunyai kepercayaan 100 peratus terhadap pasukan ini. Ia adalah keluarga saya dan saya sudah lama berada di sini, jadi saya tidak bercadang untuk pergi ke tempat lain."

"Tetapi kita semua perlu bangkit semula dan meneruskan perjuangan."

Red Bull melakar kemenangan satu dua di Bahrain menerusi juara dunia, Max Verstappen dan Sergio Perez manakala juara dunia dua kali berusia 41 tahun, Fernando Alonso ketiga bersama Aston Martin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2023 @ 10:27 AM