DAMOK bermula di petak ke-21 esok.  FOTO Osman Adnan
DAMOK bermula di petak ke-21 esok. FOTO Osman Adnan
Saiful Affendy Sapran


Sepang: Ketika barisan pelumba lain mengharapkan cuaca panas pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia esok, lain pula yang diharapkan pelumba wild card Moto3 negara, Syarifuddin Azman.

Syarifuddin atau Damok yang beraksi bersama pasukan VisionTrack Racing berkata jika perlumbaan esok berlangsung dalam litar basah, dia berpeluang untuk meraih podium.

Pada sesi kelayakan pertama hari ini, Syarifuddin atau Damok yang beraksi menerusi tiket wild card bersama pasukan VisionTrack Racing, mencatat masa 2 minit 13.0910 saat (s) sekali gus gagal layak ke sesi kelayakan kedua.

Keputusan itu sekali gus menyaksikannya bakal bermula di petak ke-21, esok.

"Memang sasaran saya nak cuba layak ke Q2 (sesi kelayakan kedua) tapi nasib tak menyebelahi saya. Apapun dalam perlumbaan macam-macam boleh berlaku.

"Esok sudah tentu saya nak 'fly' sebab ramai peminat sukan permotoran datang untuk beri sokongan, jadi saya perlu tunjukkan sesuatu kepada mereka.

"Apa yang perlu saya buat adalah untuk berada dalam kelompok hadapan dan cuba mendapatkan mata. Tapi jika esok hujan, saya rasa ada peluang besar untuk berada di podium.

"Sebab 'setting' jentera kurang memuaskan, jadi lebih baik saya pilih jalan untuk berlumba dalam hujan," katanya selepas sesi kelayakan hari ini.

Pelumba Leopard Racing, Dennis Foggia mencatat masa terpantas 2'11.4110s untuk bermula di petak pertama perlumbaan sebenar esok.

Dua pelumba pasukan Gaviota GASGAS Aspar, Izan Guevara dan Sergio Garcia pula masing-masing akan bermula di petak kedua serta ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2022 @ 4:18 PM