LEWIS Hamilton
LEWIS Hamilton
Agensi

London: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton berikrar untuk 'bangkit semula' selepas berdepan kekalahan 'menyakitkan' kepada Max Verstappen di Abu Dhabi musim lalu.

Pelumba Britain itu berada di landasan terbaik untuk mencatatkan rekod kejuaraan dunia kelapan yang akan menyaksikan dia mengatasi Michael Schumacher.

Namun semuanya tidak menjadi kenyataan apabila berlakunya insiden membabitkan Nicholas Latifi dari pasukan Williams yang menyebabkan kereta keselamatan mengambil alih perlumbaan.

Kejadian itu membolehkannya Verstappen memintas dan akhirnya dinobatkan sebagai juara dunia dalam persaingan yang penuh kontroversi.

Selepas berbulan-bulan berdiam diri selepas tamatnya perlumbaan di Abu Dhabi sehingga membawa spekulasi mengenai masa depan Hamilton dalam F1, dia kemudiannya kembali ke Merc musim ini.

Dan biarpun pasukan itu kini berada di belakang Red Bull dan Ferrari, Hamilton berikrar untuk 'bangkit semula'.

Hamilton berkata: "Ayah saya meletakkan nilai yang tinggi dalam diri saya tentang jangan pernah berputus ada kerana perkara paling mudah untuk dilakukan adalah berputus asa.

"Tetapi ia bukan bagaimana anda jatuh, tapi ia tentang bagaimana anda bangkit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2022 @ 12:25 PM