Juara Dunia F1 dari Red Bull, Max Verstappen (kanan) mengucapkan tahniah kepada Lewis Hamilton yang menduduki tempat kedua di GP Abu Dhabi. FOTO AFP
Juara Dunia F1 dari Red Bull, Max Verstappen (kanan) mengucapkan tahniah kepada Lewis Hamilton yang menduduki tempat kedua di GP Abu Dhabi. FOTO AFP
Agensi

Paris: Lewis Hamilton digesa bersara dari Formula Satu (F1) untuk memberi laluan kepada pelumba generasi masa depan.

Pelumba Britain itu belum mengesahkan sama ada dia mahu kembali pada musim 2022 selepas kontroversi yang menghalang dirinya melakar rekod kelapan bagi juara dunia F1 selepas dinafikan pencabar utama, Max Verstappen.

Namun Ketua Williams, Jost Capito langsung tidak kisah jika pelumba Mercedes itu tidak kembali ke litar tahun ini selepas memberitahu RTL: "Saya tidak kisah mengenainya.

"Saya sebaliknya tidak ambil pusing mengenai sama ada dia akan memandu lagi atau tidak."

Capito menjelaskan Hamilton, 37, harus berpuas hati dengan pencapaian menakjubkan dalam kejuaraan pemandu sekali gus memberi inspirasi kepada pemandu lain.

Tambahnya: "Mereka sering berkata tidak ada ruang yang cukup untuk pelumba muda dan saya fikir, jika seseorang sudah memenangi Kejuaraan Dunia tujuh kali bagaimana ia boleh berlaku.

"Dia sudahpun melakukannya dengan baik dan boleh memberi ruang bagi pelumba muda, kenapa tidak?"

Hamilton dilaporkan enggan mengambil keputusan muktamad mengenai masa depannya sehingga rayuan berkenaan cara kemenangan Verstappen di Abu Dhabi dipertimbangkan penganjur.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 January 2022 @ 1:06 PM