BOTTAS meraikan kejayaan selepas memenangi perlumbaan GP Turki. FOTO AFP
BOTTAS meraikan kejayaan selepas memenangi perlumbaan GP Turki. FOTO AFP
AFP

Istanbul: Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas meraih kejuaraan sulung musim ini selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Turki tatkala Max Verstappen pula berjaya merampas semula kedudukan pendahulu keseluruhan.

Verstappen dari Red Bull menduduki tempat kedua untuk mendahului enam mata mengatasi Lewis Hamilton yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan kecewa dengan strategi pasukannya.

"Pada pandangan saya, ia adalah perlumbaan paling baik yang pernah saya lalui," kata Bottas selepas memungut 11 kemenangan sepanjang kariernya.

Seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez, menduduki tempat ketiga, manakala Charles Leclerc dari Ferrari di tempat keempat.

"Ia bukannya mudah, permukaan litar sangat licin, kami berjaya menguruskan tayar dengan baik sepanjang perlumbaan jadi kami tidak perlu tergesa-gesa.

"Cuma Valtteri kelihat lebih pantas, melakukan percaturan pertukaran tayar dengan baik. Saya gembira dapat menduduki tempat kedua dalam keadaan perlumbaan seperti ini," kata Verstappen.

Hamilton mencatat masa terpantas di kelayakan namun perlu bermula di petak ke-11 selepas dikenakan penalti kerana menukar enjin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 2:40 PM