Lori membawa kenderaan pemandu Red Bull, Max Verstappen dari Belanda selepas terbabit kemalangan. FOTO AFP
Lori membawa kenderaan pemandu Red Bull, Max Verstappen dari Belanda selepas terbabit kemalangan. FOTO AFP
Agensi

Spa-Francorchamps: Pemandu Red Bull, Max Verstappen menamatkan latihan pada di Grand Prix Belgium dengan kemalangan selepas mencatat masa terpantas mendahului kedua-dua pemandu Mercedes.

Pemandu dari Belanda itu ketinggalan lapan mata di belakang pelumba Mercedes, Lewis Hamilton dalam saingan kejuaraan, dipercayai hilang kawalan di Malmedy.

Verstappen berada rapat di dinding, menyebabkan sesi latihan ketiga ditamatkan awal.

Katanya: "Saya hilang kawalan, terlalu banyak lencongan yang tidak tepat dan malangnya ia menyebabkan kenderaan melanggar dinding."

Verstappen mencatat 0.039 saat (s) lebih pantas dari Valtteri Bottas, dengan Hamilton ketiga.

Hamilton hanya 0.031s di belakang rakan sepasukannya, tetapi pemandu Red Bull dan Mercedes menggunakan tayar berbeza untuk mencatat masa mereka.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc turut terbabit kemalangan hanya satu selekoh sebelum insiden membabit Verstappen.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 2:07 PM