HAMILTON optimis menjelang GP Austria. FOTO AFP
HAMILTON optimis menjelang GP Austria. FOTO AFP
AFP

Spielberg, (Austria): Lewis Hamilton berdepan dengan kesukaran mempertahankan gelaran dan perlu memperlahankan momentum Max Verstappen hujung minggu ini apabila saingan Formula Satu (F1) kembali ke litar Red Bull Ring untuk Grand Prix Austria.

Lima hari selepas pelumba Belanda itu menang di Grand Prix Styria, mengatasi juara dunia tujuh kali dari Mercedes itu dengan 35 saat, Verstappen berharap dapat mengulanginya.

Satu lagi kemenangan dan kelima buat Verstappen musim ini akan melebarkan jurang mata kepada 18 mengatasi pelumba Britain berusia 36 tahun itu, yang masih belum meraih kemenangan selepas empat perlumbaan dan mendesak pasukannya melakukan perubahan pada kereta yang menjadikan mereka juara pengeluar untuk tujuh tahun.

"Saya tidak menerima apa-apa," kata Hamilton yang bertindak balas terhadap cadangan keputusan Mercedes yang akan membangunkan kereta tahun depan menggunakan perbelanjaan tahun ini akan memberi kesan kepada prestasi sepanjang musim ini.

"Kami masih mempunyai banyak lagi perlumbaan selepas ini dan kami akan terus memberi tekanan. Kami adalah juara dunia dan sudah pasti kami akan melakukannya jika meletakkan sasaran itu.

"Jika kami tidak membangunkan kereta dan memperbaiki kereta kami untuk baki tahun ini, inilah hasil yang anda akan lihat kerana seperti yang saya katakan, mereka kini berada di prestasi sebenar dalam beberapa perlumbaan terakhir.

"Saya tidak akan mempersoalkan logik pasukan dan bagaimana mereka melalui proses itu, (tapi) memberi kami peningkatan. Kami sukakan pembaharuan tapi saya tidak rasa sudah selesai ketika ini."

Ketua pasukan Mercedes Toto Wolff memaklumkan tiada perubahan besar akan dilakukan musim ini selepas keputusan yang dicapai Hamilton dan rakan pasukan Valtteri Bottas Ahad lalu yang menamatkan di kedudukan kedua dan ketiga di belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Julai 2021 @ 11:38 AM