DJOKOVIC (kanan) berpelukan Hurkacz selepas menewaskan pemain itu untuk mara ke separuh akhir ATP Final. -FOTO AFP
DJOKOVIC (kanan) berpelukan Hurkacz selepas menewaskan pemain itu untuk mara ke separuh akhir ATP Final. -FOTO AFP
AFP

Turin, Itali: Novak Djokovic di landasan tepat untuk memecah rekod kejuaraan ATP Finals ketujuh selepas Jannik Sinner menewaskan Holger Rune 6-2, 5-7, 6-4 dan meneruskan hari yang sempurna apabila menjadi pemain Itali pertama mara ke separuh akhir.

Sinner sudah pun mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas Hubert Hurkacz mengalami kekalahan 7-6 (7/1), 4-6, 6-1 kepada Djokovic sebelum itu untuk pemain nombor empat dunia itu mengungguli kumpulan selepas menang di Pala Alpitour di Turin.

"Sukar, saya tidak pernah mengalahkannya sebelum ini. Orang ramai banyak membantu saya," kata Sinner. "Saya gembira dengan cara saya memenangi perlawanan itu."

Dengan Sinner sudah pun mara ke separuh akhir, pemain Itali boleh saja tewas kepada Rune kerana mengetahui bahawa kekalahan akan menyingkirkan Djokovic daripada kejohanan itu.

Namun Sinner tidak memberikan peluang buat Rune untuk mendapatkan tempat pertama dengan kemenangan ketiganya dalam tiga perlawanan kumpulan dan membolehkan pemain nombor satu dunia Djokovic mengikutinya ke pusingan seterusnya.

Pada separuh akhir, juara Toronto Masters akan menentang lawan yang menduduki tempat kedua dalam Kumpulan Merah, manakala Djokovic akan menentang pemenang kumpulan.

Carlos Alcaraz dan pendahulu semasa Kumpulan Merah, Daniil Medvedev - yang juga mengesahkan tempat ke separuh akhir - akan berentap selepas ini manakala Alexander Zverev akan berdepan Andrey Rublev yang sudahpun tersingkir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2023 @ 10:09 AM