DJOKOVIC akan berdepan Alcaraz di final Wimbeldon. -FOTO Reuters
DJOKOVIC akan berdepan Alcaraz di final Wimbeldon. -FOTO Reuters
ALCARAZ mara ke final Wimbledon berdepan Djokovic. -FOTO AFP
ALCARAZ mara ke final Wimbledon berdepan Djokovic. -FOTO AFP
AFP

London: Carlos Alcaraz dan Novak Djokovic akan membuat perhitungan untuk merebut gelaran Wimbledon selepas masing-masing melepasi halangan separuh akhir.

Pemain nombor satu dunia dan pemenang Terbuka AS Alcaraz, yang bermain di kejohanan rumput keempatnya, menewaskan Daniil Medvedev 6-3, 6-3, 6-3.

Manakala Djokovic, juara bertahan Terbuka Australia dan Terbuka Perancis, mara ke final kesembilannya di Kelab Seluruh England dan mencatatkan rekod ke-35 di Grand Slam, menewaskan Jannik Sinner 6-3, 6-4, 7-6 (7/4).

Pemain nombor dua dunia berusia 36 tahun itu akan cuba menyamai rekod lapan gelaran Wimbledon Roger Federer dan rekod sepanjang masa Margaret Court iaitu 24 kejuaraan utama.

Djokovic menewaskan Alcaraz di separuh akhir Terbuka Perancis pada Jun dan pemain Sepanyol itu mengakui tekanan berdepan lawan dari Serbia itu menyebabkan badannya mengalami kekejangan serta menjejaskan prestasinya.

"Saya percaya saya mampu tewaskan Djokovic. Semua orang tahu dia seorang legenda. Saya akan berjuang. Saya percaya diri. Bukan masanya untuk berasa takut, atau letih," kata Alcaraz, 20.

Djokovic percaya pengalamannya di final Slam akan menjadi faktor penting tetapi dia masih waspada dengan cabaran bakal diberikan lawannya.

"Dia sangat cergas. Masih muda dan bersemangat. Dia lapar, saya juga lapar, jadi ayuh menjamu selera," kata Djokovic.

Alcaraz hanya menang tujuh permainan ketika tewas straight set kepada Medvedev di Wimbledon dua tahun lalu.

Ketika itu dia berada di ranking ke-72 dunia manakala Medvedev di tangga kedua. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Julai 2023 @ 8:14 AM