AKSI Kipchoge ketika melintasi garisan penamat di Sukan Olimpik Tokyo 2020. FOTO AFP
AKSI Kipchoge ketika melintasi garisan penamat di Sukan Olimpik Tokyo 2020. FOTO AFP
AFP

Berlin: Pelari Kenya, Eliud Kipchoge berkata dia ingin menjemput bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk berlari bersamanya di Kenya.

Kipchoge yang sedang melakukan persiapan untuk memecah rekod dunianya sendiri di Berlin Marathon esok, ditanya siapakah individu yang mahu menemaninya berlari di sebelah pagi.

Kipchoge, yang mencipta rekod dunia 2 jam 01 minit 39 saat pada Maraton Berlin edisi 2018 berkata, dia akan memilih Obama.

"Saya fikir saya akan memilih Barack Obama. Saya akan menjemputnya ke Kenya untuk berlari.

"Sebabnya, Barack Obama sering memberi inspirasi dan mempunyai aura menyatukan semua pihak," katanya.

Barack Obama Sr, bapa kepada Presiden AS dari 2009 hingga 2017 itu dilahirkan di Kenya.

Kipchoge berkata, dia percaya pada kuasa berlari untuk menyatukan setiap orang.

"Apabila berlari bersama, ia menyatukan semua pihak dan apabila ada perpapuan, maka ada juga keamanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2022 @ 10:41 AM